Pendirian berkecuali dan situasi Pandangan falsafah tentang bunuh diri

Utilitarianisme

Utilitarianisme boleh dipergunakan sebagai justifikasi atau alasan untuk menentang bunuh diri. Walaupun kematian seorang yang murung menamatkan kesedihan dirinya, keluarga dan kawan-kawan orang tersebut akan bersedih. Bagaimanapun, Gereja Eutanasia mengatakan bahawa manusia harus membunuh diri supaya dapat mengurangkan tekanan pada persekitaran.

Nihilisme

Pemikir-pemikir Nihilisme menolak daya upaya seseorang untuk mencipta makna dan mendesak bahawa semua benda dan perkara di dunia ini adalah serupa tidak bermakna, termasuk bunuh diri.

Alasan-alasan lain

Mereka yang menyokong hak untuk mati memperdebatkan bahawa bunuh diri boleh diterima atas keadaan-keadaan yang tertentu, seperti penyakit yang tidak dapat dirawat serta umur tua. Gagasan mereka berdasarkan fakta bahawa walaupun hidup pada umumnya adalah baik, manusia yang mengalami kederitaan yang tidak dapat dibalikkan harus tidak dipaksa meneruskan penderitaan mereka.